Pembangunan Komuniti

Kami memperkasakan individu dan komuniti yang lemah bagi meningkatkan kesejahteraan mereka.

Inisiatif kami termasuklah

MENGURANGKAN KEMISKINAN

MENINGKATKAN KUALITI, KETERANGKUMAN & KETERSEDIAAN PERKHIDMATAN SOSIAL

MENYOKONG USAHA PERUBAHAN DASAR

BERTINDAKBALAS TERHADAP BENCANA SEMULAJADI DAN MANUSIA SERTA KONFLIK

Kisah Utama | PEMBANGUNAN KOMUNITI

Mak Andak: Bangkit Dari Kesusahan

Di sebalik perwatakannya yang ramah, ibu kepada empat orang anak ini adalah seorang wanita yang tabah dan bekerja keras untuk menyara hidup dalam keadaan yang sukar.

SITI ZURIAH OMAR, ATAU DIKENALI SEBAGAI MAK ANDAK, TERKENAL DI KALANGAN PENDUDUK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) SUNGAI BONUS, SEBAGAI USAHAWAN YANG BIJAK DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN KATERING.

"Anak perempuan bongsu saya terlantar sakit kerana kemalangan pada tahun 2004 dan saya perlu membelanjakan lebih daripada RM2,000 sebulan bagi menampung perbelanjaan perubatannya. Program Yayasan Sejahtera (Sejahtera) telah mengajar saya bagaimana untuk menguruskan perniagaan dan kewangan saya dengan lebih baik serta memberi saya sokongan yang diperlukan untuk mengambil tempahan catering yang lebih besar"

Mak Andak

-


Penduduk PPR Sungai Bonus

Mak Andak adalah salah seorang daripada benefisiari program pembangunan dan kehidupan Sejahtera yang telah membekalkan beliau peralatan dan kelengkapan yang sesuai bagi mengembangkan perniagaannya.

“Walaupun telah berada dalam perniagaan makanan dan minuman selama bertahun-tahun, masih ada banyak lagi yang perlu saya, seorang yang berumur 60 tahun, untuk pelajari!”

Selain daripada kursus yang disediakan, Sejahtera juga menyediakan peralatan industri seperti peti sejuk dan set dulang hidangan yang digunakan untuk hidangan bufet. Galakan tambahan ini membolehkan beliau mendapatkan pelanggan yang tetap seperti agensi kerajaan bagi tujuan katering.

Hari ini, beliau mempunyai kontrak untuk menyediakan sarapan setiap hari untuk 40 orang di Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain pelanggan tetap beliau yang lain.

Menangani Kemiskinan Berbilang Dimensi

SEJAHTERA MENDAPATI KOMUNITI BERPENDAPATAN RENDAH YANG BEKERJASAMA DENGAN MEREKA, SERING MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN DAN CABARAN YANG RUMIT, YANG MENGHALANG PENINGKATAN SOSIO-EKONOMI MEREKA. CABARAN INI TERMASUK INDIVIDU ATAU AHLI KELUARGA YANG MEMPUNYAI PEKERJAAN BERPENDAPATAN RENDAH, PENCAPAIAN PENDIDIKAN YANG RENDAH, KURANG AKSES KEPADA PERKHIDMATAN SOSIAL DAN HUBUNGAN SOSIAL DAN MASYARAKAT YANG BERPECAH BELAH .

Oleh itu, Sejahtera telah menyokong komuniti di PPR Sungai Bonus melalui pelbagai cara sejak 2016, di bawah program ‘Community Enhancement Programme (CEP) for Urban Communities’ (Peningkatan Komuniti untuk Komuniti dalam Bandar) yang membantu pendekatan masyarakat Hasanah (Hasanah’s Community-Based Approach-CBA) dalam mengurangkan kemiskinan serta memperkasa komuniti untuk menjadi komuniti yang berdaya tahan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Selain daripada menyokong individu seperti Mak Andak untuk menambah pendapatan, Sejahtera turut membantu golongan muda di PPR Sungai Bonus, yang kebanyakannya menghadiri Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bonus untuk meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.

Menurut Guru Besar SK Seri Bonus, Muhammad Fuad bin Omar, kebanyakan pembiayaan yang diterima oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti kokurikulum kerana kebanyakan dana yang diterima, disalurkan kepada program-program akademik.

Para ibu bapa juga menghadapi kesukaran untuk menyumbang dana tambahan kepada pendidikan anak-anak mereka disebabkan oleh bajet perbelanjaan mereka yang kian meningkat.

Oleh kerana ini, Sejahtera mengambil langkah untuk menyokong guru-guru di SK Seri Bonus untuk membuat kelas tambahan Matematik dan Bahasa Inggeris, serta kem motivasi.

Sekolah kami dikenali sebagai salah sebuah sekolah termiskin di Kuala Lumpur di mana hampir 80% daripada pelajar kami adalah dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di PPR Sungai Bonus dan PPR Seri Semarak

Muhamad Fuad Omar

-


Pengetua, Sekolah Kebangsaan Seri Bonus

“Walaupun beberapa guru telah menawarkan kelas tambahan kepada pelajar secara percuma, pembiayaan dari Sejahtera membantu membayar pampasan masa dan usaha guru,”

Pembiayaan yang diberi oleh Sejahtera membolehkan guru-guru untuk melaksanakan pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum untuk pelajar.

MEMPERKUKUH HUBUNGAN SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

Sejahtera juga mendapati melalui kerjasama dengan masyarakat PPR Sungai Bonus, banyak jurang yang pembiayaan ataupun Sejahtera tidak dapat ketengahkan telah dikenalpasti.

Antara isu yang dapat dikenalpasti adalah cabaran untuk memperoleh akses perkhidmatan sokongan atau yang dapat meningkatkan kesejahteraan sosial dan mental mereka. Di samping itu, mereka tidak mempunyai peluang untuk bergaul atau  bergantung kepada satu sama lain sebagai satu komuniti.

Sejahtera juga akui bahawa adalah penting memahami keperluan sebenar dan memperoleh kepercayaan masyarakat. Untuk membolehkan Sejahtera bekerjasama dengan masyarakat dalam jangka masa yang lebih panjang, mereka perlu melibatkan diri dengan masyarakat melalui pelbagai jenis aktiviti.

Oleh itu, tahun 2018 menyaksikan organisasi ini menumpukan kepada pengukuhan ikatan di kalangan Sejahtera, penduduk PPR Sungai Bonus dan pihak-pihak berkepentingan, kata Ketua Pegawai Operasi, Suheilah Abu Bakar.

Salah satu aktiviti yang dianjurkan untuk melaksanakan misi tersebut ialah Hari Sejahtera Seri Bonus 2018. Acara yang diadakan pada 1 September 2018 di SK Seri Bonus, menyaksikan kehadiran lebih 1,500 peserta daripada PPR Sungai Bonus dan PPR Seri Semarak.

Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada Sejahtera untuk mengenali penduduk setempat dengan lebih baik, malah ianya juga merupakan salah satu medium bagi penduduk PPR untuk berseronok melalui aktiviti yang disediakan seperti Zumba dan Flying Fox, sementara kanak-kanak mengadakan persembahan dram dan bermain di ‘Soopa Doopa’, iaitu istana dan gelongsor yang dikembungkan menggunakan udara.

Lebih signifikan, penduduk dapat membuat pemeriksaan kesihatan dan menghadiri ceramah mengenai kesihatan mental dan reproduktif melalui  rakan-rakan Pertubuhan bukan Kerajaan, IMAM Response & Relief Team, SPOT and SOLS Health.

MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

Sejahtera dan Hasanah juga sedar akan keperluan kesejahteraan masyarakat untuk jangka panjang yang perlu diketengahkan. Oleh itu, SOLS Health dan Smart Parents Network (SPN) turut berkerjasama untuk menyokong penduduk PPR Sungai Bonus.

Melalui program interaksi dan penilaian keperluan, Pakar Klinikal Psikologi dari SOLS Health, Chin Xiu Li berkata, mereka mendapati tahap kesedaran terhadap kesihatan mental di kalangan ahli komuniti PPR Sungai Bonus adalah rendah. SOLS Health adalah pusat khidmat masyarakat yang menawarkan servis kesihatan mental yang mudah diakses dengan harga yang berpatutan.

Mereka yang telah ditemuduga didapati menghadapi masalah kewangan, masalah perhubungan, penyalahgunaan dadah, masalah komunikasi di dalam keluarga, dan ketidakpastian pekerjaan untuk belia.

"Isu ini semakin teruk bagi keluarga yang memerlukan sokongan tetapi takut untuk berkongsi masalah mereka kerana masyarakat yang tidak bersatu padu atau kurang kepercayaan di kalangan masyarakat."

"Ramai yang berkongsi bahawa mereka berminat untuk memperbaiki keadaan keluarga dan ahli keluarga mereka, dan dengan itu kami berharap untuk memberi lebih banyak faedah kepada masyarakat setempat apabila kami memulakan pelaksanaan program intervensi untuk keluarga,"
Chin Xiu Li
Pakar Klinikal Psikologi dari SOLS Health

Tambahan pula, ibu bapa di PPR Sungai Bonus mempunyai dua hingga tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian. Untuk menyeimbangkan antara kerja dan keluarga, tidak hairanlah ramai penduduk di PPR Sungai Bonus yang berasa tertekan dengan kehidupan.

Oleh itu, program yang dianjurkan oleh SPN terbukti menjadi sebuah program yang popular di kalangan ibu bapa PPR Sungai Bonus.

Pengasas SPN, Zaid Mohamad berkata, adalah penting untuk membekalkan ibu bapa dengan kemahiran yang betul untuk mewujudkan rumah yang bahagia dan sihat dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Peluang untuk bekerjasama dengan Sejahtera timbul apabila mereka menyedari akan keperluan untuk anjuran program pembangunan sosial dan keluarga semasa mereka menjalankan program pembangunan ekonomi bersama masyarakat PPR Sungai Bonus."

"Pendekatan kami tidak pernah untuk menjadi program ceramah, tetapi melibatkan penyertaan dari seluruh ahli keluarga,"
Zaid Mohamad
Pengasas Smart Parents Network

Program untuk ibu bapa dari PPR Sungai Bonus telah dianjurkan pada setiap dua minggu hingga bulanan di Perpustakaan SK Seri Bonus dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli komuniti.

Topik yang diperbincangkan berdasarkan apa yang Zaid diutarakan sebagai ‘7L’s of Parenting’, iaitu kasih sayang (Love),  had (Limits), pembelajaran bijak (Learning Smartly), kepimpinan (Leadership), riadah (Leisure), menghulurkan bantuan (Lend a Hand), dan tawakal (Leave it to God).

Pelajar SK Seri Bonus, * Maslina menggalakkan ibunya Samiyar binti Saini untuk menyertai program ini kerana beliau merasakan ia merupakan satu medium untuk beliau berkomunikasi dengan ibunya.

Dalam salah satu program oleh SPN, anak-anak diminta untuk berkongsi perkara yang mereka suka dan tidak suka. “Sebagai seorang ibu yang telah membesarkan empat orang anak perempuan sebelum ini, saya menganggap bahawa saya tahu apa yang terbaik untuk anak perempuan bongsu saya,” kata Samiyar.

* bukan nama sebenar

Dalam salah satu program oleh Smart Parents Network (SPN), anak-anak diminta untuk berkongsi perkara yang mereka suka dan tidak suka mereka.

Walau bagaimanapun, Maslina berkongsi kepada ibunya semasa salah satu sesi SPN bahawa dia tidak suka tidur pada waktu tengah hari. Apabila mengetahui perkara ini, Samiyar mengambil usaha untuk mengetahui apa yang akan memberi kegembiraan kepada anak perempuannya.

“Walaupun mengalami kecederaan pada bulan Ramadan tahun lalu, saya tetap memilih untuk mengambil anak perempuan saya dari sekolah setiap hari, dan bagi anaknya itu adalah kemuncak harinya. Perhubungan kami lebih rapat sejak itu, “teringat Samiyar tentang bagaimana perkara kecil boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan anak perempuannya.

Perbualan tulus dan tidak berselindung membenarkan kedua-dua ibu bapa dan anak untuk memahami satu sama lain sambil memberi ruang untuk memperbaiki diri.

"Melalui perkenalan badan bukan kerajaan yang lain seperti Smart Parents Network (SPN) untuk menganjurkan bengkel kemahiran keibubapaan dan SOLS Health untuk menyediakan program intervensi keluarga, ahli komuniti kini mempunyai akses kepada perkhidmatan yang mereka mungkin tidak tahu atau mampu untuk gunakan sebelum ini, "
Suheilah Abu Bakar
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Sejahtera

Oleh itu, usaha ini tidak akan berakhir untuk Sejahtera dalam masa yang singkat kerana pengukuhan komuniti melangkaui sesuatu acara atau program.

“Kerja sebenar hanya bermula selepas susulan dengan potensi benefisiari dan mengekalkan hubungan dengan mereka,” jelas Suheilah.

Beliau menambah Sejahtera berminat untuk meneroka program yang sama dengan mereka dari PPR Seri Semarak dalam masa terdekat disebabkan oleh kedudukan kedua-dua komuniti yang berdekatan.

“Dalam fasa awal penglibatan Yayasan Sejahtera dengan komuniti PPR Sungai Bonus, kami menyedari bahawa pengaruh aktiviti- aktiviti komuniti tidak terhad hanya pada satu komuniti.”

“Kami juga berminat untuk meneroka tindak balas yang berbeza daripada komuniti lain yang berdekatan terhadap program yang sama dan mengkaji aspek-aspek lain masyarakat miskin di bandar, selain daripada meluaskan manfaat kepada lebih ramai benefisiari, “kata Suheilah.

RAKAN-RAKAN

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Close Menu

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.