Kisah pilihan | Pembangunan Komuniti

MEMPERKASA WANITA UNTUK MENGHAPUSKAN KITARAN KEMISKINAN

Kehilangan orang yang disayangi boleh menguatkan atau mematahkan semangat seseorang. Bagi Noraishah Osman, ibu kepada tiga orang anak, kematian suaminya mempunyai kesan yang mendalam terhadap hidupnya kerana beliau terpaksa menguruskan segala urusan sendirian dan mencari wang untuk menyara hidup tanpa suaminya.

“APABILA SUAMI SAYA MENINGGAL DUNIA, SAYA HILANG ARAH KERANA SAYA BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA BELIAU UNTUK MENUJU KE SESUATU TEMPAT. OLEH KERANA PEMANDUAN SAYA YANG KURANG BAIK, BELIAU SERING KALI MEMBANTU SAYA MEMBUAT PENGHANTARAN,”

Noraishah, atau dikenali sebagai Kak Nor, adalah salah seorang wanita yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang. Seperti kebanyakan wanita di sana yang mengusahakan perniagaan kecil,  Kak Nor mengusahakan perusahaan penyajian makanan dari rumah sebagai mata pencarian utama.

“Semua anak saya sudah dewasa dan berkerjaya. Kematian suami saya mempunyai impak yang mendalam namun saya harus bertabah dan meneruskan kehidupan. Perniagaan ini membantu mengisi masa lapang saya.”
Kak Nor
PPR Lembah Subang

Kak Nor merupakan salah seorang daripada 80 wanita di di PPR Lembah Subang yang menerima bantuan daripada Women of Will (WOW) melalui program pembiayaan mikro-kredit yang memberi bantuan yang diperlukan kepada meraka untuk memulakan perniagaan.

WOW adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk mengubah kehidupan wanita teraniaya dan memerlukan di Malaysia, terutama ibu tunggal, balu, mangsa keganasan rumahtangga dan wanita yang hidup dalam kemiskinan. Organisasi ini membantu mereka dengan memberi pinjaman mikro sehingga RM2,000, yang tidak mungkin dapat diperolehi atau diluluskan oleh institusi kewangan konvensional. Pinjaman ini secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan kecil.

Selain dari pembiayaan-mikro, WOW juga mengendalikan seminar perniagaan, program pembangunan keusahawanan dan bantuan pemasaran, serta rangkaian perniagaan.

Bagi Kak Nor, selepas kematian suaminya, menjadi benefisiari WOW telah membantu dan membenarkan beliau untuk berhubung dengan masyarakat tempatan melalui program yang disediakan dan secara tidak langsung memajukan perniagaan beliau. Kak Nor menerima pembiayaan mikro-kredit daripada WOW pada tahun lepas, yang telah digunakan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan penyajian makanan beliau.

"SAYA TELAH MENGAMBIL SEDIKIT MASA SEBELUM KEMBALI AKTIF DI DALAN PERNIAGAAN, NAMUN DENGAN BANTUAN DAN SOKONGAN DARI WOW, SAYA MAMPU UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN MENGAMBIL TEMPAHAN KATERING DAN MAKANAN YANG LEBIH BANYAK.”

Kecekalan dan keazaman Kak Nor telah menjadikan beliau model peranan dan sumber inspirasi kepada wanita lain. Tambahan pula, Kak Nor telah membentuk jalinan hubungan yang baik dengan penduduk PPR lain.

"Kak Nor memberi komitmen yang tinggi dalam program kami, kerana beliau biasanya yang pertama tiba dan yang terakhir meninggalkan program. Beliau turut membantu yang lain untuk mencari kerja melalui e-dagang dan telah menjadi sumber komunikasi untuk masyarakat. Beliau juga akan menyampaikan segala keluhan masyarakat kepada WOW,”

Zul Imran Ishak

-


Pegawai Pembangunan Masyarakat Women of Will (WOW)

Secara keseluruhannya, program WOW bersama wanita Lembah Subang memperolehi salah satu kadar penyertaan tertinggi bagi organisasi tersebut, sebanyak 80 benefisiari. Mereka juga terkenal dengan kepelbagaian jenis perniagaan, dari industri makanan dan minuman, kraftangan serta perkhidmatan spa bergerak.

BERKONGSI KEGEMBIRAAN DALAM MUZIK

Meskipun mempunyai jadual yang sibuk untuk mengembangkan perniagaan di sebalik kesulitan, beliau tetap mencari masa dan tenaga untuk membantu ahli komuniti yang lain. Selain menjalankan penyajian makanan, Kak Nor juga menguruskan kugiran muzik yang dipanggil Pewaris, terdiri daripada kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun.

“SEMASA ARWAH SUAMI SAYA MASIH HIDUP, BELIAU AKAN MENGAJAR KANAK-KANAK DI DALAM KOMUNITI BERMAIN GITAR ATAU PERMAINAN SEPERTI CATUR DAN DAM. BELIAU PERCAYA BAHAWA MEREKA BOLEH MENDAPAT MANFAAT DARIPADA AKTIVITI INI BERBANDING DENGAN MELEPAK TANPA HALA TUJUAN, " TERANG KAK NOR BAGAIMANA TERCETUSNYA IDEA INI.

Apa yang istimewa tentang kugiran ini adalah kanak-kanak akan mencipta dan menghasilkan muzik dari barangan luar biasa seperti baldi air lama yang digunakan sebagai gendang.

Kugiran ini berjaya menyertai pertandingan di peringkat daerah pada tahun 2018 setelah mendapat tempat kedua di Pertandingan Muzik Kitar Semula Terbuka MBSJ. Mereka juga memperoleh tempat ketiga di Festival Muzik Remaja KL Stomp pada tahun 2017.

Kanak-kanak yang membesar di dalam populasi yang padat di PPR, selalunya mudah terdedah dengan tabiat buruk ataupun gejala sosial yang lain seperti mencuri dan penyalahgunaan dadah. Dengan menumpukan masa dan tenaga mereka pada muzik, kanak-kanak ini dapat mempelajari nilai kehidupan yang berharga, seperti disiplin, kerja berpasukan dan kreativiti.

"Saya menetap di sini (PPR Lembah Subang) selama enam tahun dan saya telah melihat banyak kekurangan yang boleh diperbaiki. Saya memulakan kugiran kitar semula ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa kita boleh membawa kanak-kanak ini ke tahap kejayaan yang boleh dibanggakan. "

KAK NOR BERBANGGA DENGAN PEWARIS DAN BERCITA-CITA UNTUK MENYERTAI LEBIH BANYAK PERTANDINGAN DI MASA HADAPAN.

Sehingga hari ini, Pewaris mendapat permintaan persembahan yang tinggi dan telah dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan kerajaan.

“Kami telah menyertai pelbagai pertandingan, sama ada di pentas besar atau kecil. Ini membantu mereka untuk tidak gementar and menjadi lebih yakin di hadapan penonton.”

Kak Nor

-


PPR Lembah Subang

Memiliki pelbagai idea, Kak Nor ingin memulakan tabung sumbangan orang ramai untuk membeli sebuah van, yang membolehkan  kanak-kanak ini  bergerak ke tempat persembahan dengan mudah dan beliau juga ingin menubuhkan kelab bola sepak kanak-kanak pada tahun 2019.

“Saya tidak tahu bermain sebarang jenis alat muzik, tetapi saya tahu bagaimana untuk menjana idea dan menghubungkan orang ramai ke arah tujuan yang betul.”

Kisah pilihan | Pembangunan Komuniti

MEMPERKASA PENDUDUK KAMPUNG UNTUK MENGHENTIKAN KEGANASAN

MENURUT WANITA PBB, DIANGGARKAN 35% DARIPADA JUMLAH WANITA SELURUH DUNIA TELAH DIDERA SECARA FIZIKAL DAN/ATAU SEKSUAL OLEH PASANGAN MEREKA ATAU MENGALAMI KEGANASAN SEKSUAL OLEH BUKAN PASANGAN SEKURANG-KURANGNYA SEKALI DALAM HIDUP MEREKA. ANGKA INI TIDAK TERMASUK JUMLAH KES GANGGUAN SEKSUAL.

Isu ini berada di tahap membimbangkan sehingga dua daripada matlamat “Sustainable Development Goals” oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2015, adalah dikhaskan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, iaitu golongan yang paling berpotensi untuk menjadi Mangsa Keganasan Seksual Berdasarkan Jantina (Sexual Gender Based Violence-SGBV) pada tahun 2030.

Malaysia juga mempunyai beberapa rekod kes Mangsa Keganasan Seksual Berdasarkan Jantina (SGBV) termasuk di kawasan luar Bandar, di mana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Daerah Tambunan di Sabah adalah salah satu daripada kawasan tersebut, namun pendedahan dalam menangani kes seperti ini semakin berubah.

Pada bulan April 2017, rakan kongsi Hasanah, Good Shepherd Services (GSS),  mengetengahkan tiga fasa program Perlindungan and Pemerkasaan (Protection and Empowerment) Wanita dan Kanak-Kanak yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran and membentuk keupayaan masyarakat untuk mencegah dan bertindak balas terhadap kes-kes SGBV, dan dalam masa yang sama memberi panduan kepada masyarakat di Tambunan.

Projek ini menerima pakai pendekatan berasaskan komuniti (Community-Based Approach-CBA) yang menerapkan teori perubahan sebagai; 1.Langkah ini mengetengahkan kekuatan masyarakat bersama dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bertindak sebagai agen perubahan yang aktif dan berkesan dalam mempromosikan dan melindungi hak kanak-kanak daripada SGBV di kampung dan Daerah masing-masing, secara keseluruhan.

Program ini mensasarkan golongan berkepentingan dalam menguruskan hal ehwal kesejahteraan masyarakat. Ini terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak di dalam keluarga sehingga pemimpin masyarakat, pihak berkuasa sekolah dan pertubuhan-pertubuhan sivil masyarakat. GSS juga mengambil pendekatan multi-sektor yang melibatkan agensi kerajaan dari bidang penjagaan kesihatan, perlindungan awam, pentadbiran awam, perundangan, sokongan psikologi dan sektor penjagaan.

Fasa pertama projek ini memberi tumpuan kepada penubuhan kumpulan sokongan masyarakat untuk memperkasa dan meningkatkan perlindungan terhadap SGBV di enam buah kampung. Bagi fasa dua dan tiga, strateginya adalah untuk mengaplikasikan penubuhankumpulan sokongan masyarakat di enam buah kampung secara berperingkat. Secara keseluruhan, projek tiga tahun ini (yang akan dijalankan dari April 2017 hingga Mac 2020), akan melibatkan 18 buah kampung.

KUMPULAN SOKONGAN WANITA

PADA TAHUN 2017, SALAH SATU MATLAMAT TUMPUAN FASA SATU PROGRAM TERSEBUT ADALAH MENUBUHKAN KUMPULAN SOKONGAN WANITA (WSGS) DI ENAM BUAH KAMPUNG, IAITU KAMPUNG KEPAYAN BARU, KAMPUNG TOMBOTUAN, KAMPUNG TOBOH, KAMPUNG MANGI PANGI, KAMPUNG LUBONG DAN KAMPUNG SUNGOI.

WSG menyediakan platfom untuk wanita memainkan peranan substantif di dalam perlindungan berasaskan komuniti dan untuk menerajui usaha meningkatkan kesedaran dalam menangani SGBV. Usaha GSS ‘ diteruskan pada tahun 2018 dengan menjalankan program fasa dua yang melibatkan penubuhan WSGs tambahan di enam buah kampung baru.

“Penubuhan WSGs telah membolehkan kami untuk berhubung dengan golongan berkepentingan dan menyumbang kearah perubahan sistematik di dalam dasar perlindungan kanak- kanak daripada perkahwinan bawah umur, yang merupakan salah satu aspek SGBV,” jelas program GSS Penyelaras Sandra Masilang.

WSGs fasa satu dan dua telah membuktikan bahawa wanita yang menyertai program ini bukan sahaja memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi, tetapi juga dapat memperluaskan rangkaian sokongan kerjasama dalam menangani SGBV.

WSGs telah memulakan usaha pendedahan dari dalam kampung mereka sendiri serta kampung berdekatan. Penerimaan WSGs oleh masyarakat setempat adalah petunjuk positif atas kerelevenan dan potensi WSGs dalam memperkukuhkan peranan wanita di dalam perlindungan daripada SGBV berasaskan komuniti, bagi kanak-kanak perempuan.

BELIA DAN LELAKI BERSUARA

KAUM LELAKI, BELIA DAN PELAJAR JUGA TELAH MEMAINKAN PERANAN MEREKA. INI KERANA, SUDAH TERTANAM DI DALAM NORMA MASYARAKAT DAN BUDAYA BAHAWA SGBV SINONIM DENGAN SIFAT MASKULIN DAN TAMBAHAN PULA PESALAH SGBV YANG SERING DILAPORKAN ADALAH LELAKI, KEPENTINGAN KAUM LELAKI UNTUK MENYOKONG USAHA MEMBANTERAS SGBV MERUPAKAN ASPEK YANG PENTING BAGI GSS DI TAMBUNAN.

Pada tahun 2017, bengkel kesedaran telah dianjurkan untuk 52 lelaki daripada enam buah kampung di bawah fasa pertama. Selain itu, kumpulan sokongan telah ditubuhkan di empat buah sekolah iaitu SMK Tambunan, SM St Martins, SK St David and SK Nambayan.

Usaha GSS ‘ telah membuahkan hasil kerana belia Tambunan telah mengambil kesedaran mengenai pencegahan SGBV ke tahap yang lain.

Golongan belia turut mengambil bahagian dalam pesta “Voice Out” yang julung kali diadakan pada 29 September 2018 di Pisompuruan Square dengan satu misi – untuk meningkatkan kesedaran mengenai SGBV. Acara ini juga merupakan peluang kepada golongan belia untuk mempamerkan bakat seni mereka sambil mengetengahkan subjek SGBV sebagai topik utama.

Apa yang menjadikan acara itu sangat istimewa adalah ianya dianjurkan dan diterajui oleh golongan belia seperti pelajar Tingkatan Lima dari SMK Tambunan, iaitu, Adrienno V Talis dan Lus Clarita George.

"Saya mempunyai kawan yang merupakan mangsa keganasan seksual dan beliau sangat lantang bersuara dalam berkongsi ceritanya selepas menghadiri “Voice Out” ,"
Lus
Pelajar, SMK Tambunan

Beliau percaya bahawa penglibatan beliau di dalam aktiviti kemasyarakatan seperti “Voice Out” akan membantu mengurangkan kes SGBV di kalangan wanita dan kanak-anak di Tambunan.

Selain daripada itu, Adrienno, merasakan bahawa pendekatan isu ini dengan minda terbuka boleh membantu ibu bapa dan anak-anak mereka untuk berbincang tentang isu tanpa larangan.

"Para ibu bapa mengulas bahawa acara ini memberi anak-anak mereka maklumat yang mencukupi untuk melindungi diri mereka daripada SGBV,"
Adrienno
Pelajar, SMK Tambunan

Masyarakat Tambunan juga menyedari kepentingan untuk menyuarakan isu SGBV di dalam komuniti, dan mereka sedia membantu.

"Kami mahu membuka mata ibu bapa dengan mempamerkan kepada mereka bahawa perkahwinan anak di bawah umur bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya pendidikan anak yang harus diutamakan,"
Vinson B Tadi
Pasukan dorongan lelaki ‘EngageMENt’ oleh GSS.

Vinson adalah salah seorang ahli teras pasukan dorongan lelaki ‘EngageMENt’ yang ditubuhkan oleh GSS sebagai medium bagi kaum lelaki di dalam masyarakat untuk menjalankan pelbagai pendekatan ke arah pencegahan SGBV di Tambunan.

“Sebagai ibu bapa, kita mahu yang terbaik untuk anak-anak kita dan golongan masyarakat yang mereka tinggal. Program belia oleh GSS memastikan mereka sentiasa aktif dan produktif, “katanya.

PROGRAM KEHIDUPAN BERDASARKAN "SEMANGAT KEKITAAN"

SELAIN DARIPADA PENUBUHAN WSGs YANG BARU, KUMPULAN SOKONGAN SEKOLAH DAN KUMPULAN ‘ENGAGEMENT’, PROGRAM FASA DUA JUGA MEMPERKENALKAN PROGRAM KEHIDUPAN MASYARAKAT UNTUK MEMPERKUKUHKAN SEMANGAT KEKITAAN, DI SAMPING MENGUKUHKAN EKONOMI UNTUK MEMARTABATKAN PERANAN WANITA DI DALAM KOMUNITI LUAR BANDAR DAN MEMBOLEHKAN MEREKA UNTUK MENGEKALKAN SOKONGAN DALAM MENENTANG SGBV PADA MASA AKAN DATANG.

WSG mempromosi produk mereka semasa pertandingan sosioekonomi yang diadili oleh En Thomas Logijun, Pegawai Daerah Tambunan, wakil Jabatan Pertanian dan GSS.

GSS bekerjasama dengan wanita Tambunan untuk memulakan projek kehidupan yang menghasilkan produk berasaskan halia. Projek ini, dikendali oleh WSGs, berjaya mengaut keuntungan sebanyak 27%. Keuntungan ini akan digunakan sebagai dana untuk meningkatkan komponen dalam kehidupan pada tahun 2019.

Belia juga memainkan peranan penting dalam program kehidupan. Ahli kumpulan belia GSS (Youth Connect Circle-YCC), Ivy Ieren Gibi berkata dengan menjadi sebahagian daripada program kehidupan, beliau dapat menyumbang lebih kepada masyarakat selain daripada menganjurkan acara dan kempen untuk menyebarkan mesej mengenai SGBV.

Di bawah program ini, belia diajar dan di beri tanggungjawab untuk menguruskan sebuah ladang halia. Hasil dari ladang itu dibekalkan kepada WSGs untuk di tukar menjadi produk berasaskan halia.

Melalui pekerjaan di ladang, Ivy dan rakan-rakannya dapat menimba ilmu asas pertanian masyarakat setempat dan juga memperoleh kemahiran baru.

Kejayaan fasa satu dan dua menggalakkan transformasi positif di Kampung Tambunan. Ini dapat dicapai melalui usaha bersama penduduk Tambunan dan GSS.

Penglibatan bersama masyarakat Tambunan harus diteruskan dengan cara yang bermakna dan substantif. Ini kerana, usaha ini membolehkan mereka untuk mengambil pendirian atau langkah yang tegas dalam membanteras SGBV dan seterusnya memberi panduan perubahan positif dan membantu mengubah pemikiran dominan mengenai norma sosiobudaya berkaitan hak sama rata antara jantina di daerah ini.

RAKAN-RAKAN

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Close Menu

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.