Pemacu Strategik Untuk Impak
Dalam mencapai impak sosial jangka panjang, tiga pemacu strategi utama telah dikenalpasti yang dapat diukur dan dapat meningkatkan kualiti hidup individu, komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya. Hasanah telah mengklasifikasikan terma tiga kesan tuju strategic ini sebagai Peningkatan, Inovatif dan Pengaruh.

PENINGKATAN
Meningkatkan dan memperkukuh jangkauan, penglibatan dan program di semua kawasan tumpuan.

INOVATIF
Mewujudkan pendekatan baru, inovatif dan lebih baik serta penyelesaian mampan untuk isu sosial dan alam sekitar.

PENGARUH
Menyokong dan membentuk dasar untuk mencapai perubahan struktur dan pembaharuan sistem dalam bidang tumpuan kami.