PENGETAHUAN

Untuk memastikan kami membuat perubahan yang ingin kami lihat, kami berusaha untuk merumuskan dasar yang lebih berinfomasi serta inisiatif yang lebih berkesan melalui perkongsian pengetahuan dan penyelidikan mendalam.

Pentingnya pengetahuan

Ditubuhkan oleh Khazanah dan dibiayai oleh Hasanah, Institut Penyelidikan Khazanah (Khazanah Research Institute-KRI) adalah sebuah pusat penyelidikan utama yang menjalankan analisis dan penyelidikan mengenai isu-isu yang melibatkan negara.

Melalui penyelidikan data, cadangan dasar yang boleh dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesejahteraan mesyarakat umum. KRI juga menjalankan seminar Brown Bag yang menyediakan satu platform bagi para pakar-pakar, penyelidik dan pihak berkepentingan untuk berkongsi dan membincangkan hasil penyelidikan mereka.

Pada tahun 2018, KRI telah menganjurkan empat sesi dan juga seminar untuk perkongsian mengenai penemuan daripada penyelidikan . KRI juga telah mengeluarkan dua laporan penyelidikan dan 13 penerbitan laman web. Butiran lengkap boleh didapati di www.KRInstitute.org.

18 Januari 2018
18 Januari 2018

Malaysian Income Distribution in a Global Context

Seminar yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad dan KRI di Mercu UEM

19 Januari 2018
19 Januari 2018

In Conversation with Ravi and Jomo

Sesi perkongsian dengan Prof Ravi Kanbur dan Prof Jomo Kwame Sundaram di Mercu UEM

8 Februari 2018
8 Februari 2018

Making Housing Affordable: Developers or Government to Play a Bigger Role?

Satu sesi dialog yang diadakan bersempena dengan Sesi Kesembilan Forum Urban Sedunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

6 Jun 2018
6 Jun 2018

Resource Misallocation and Productivity Gaps in Malaysia

Satu seminar Brown Bag oleh Dr Chuah Lay Lian dari hab Kumpulan Penyelidikan Pembangunan Bank Sedunia di Kuala Lumpur di Mercu UEM

Penyelidikan

The State of Households 2018: Different Realities

Ini adalah edisi ketiga laporan “The State of Households' dikeluarkan. Laporan pertama diterbitkan pada bulan November 2014.

Laporan ini meneliti realiti isi rumah yang berbeza dan perubahan sifat tenaga kerja, yang memberi tumpuan kepada wanita dan pekerja asing. Ia juga meneliti bagaimana kebajikan isi rumah di Malaysia akhirnya terikat kepada keseluruhan transformasi ekonomi negara.

Walaupun laporan itu menerangkan pelbagai perspektif yang berkaitan dengan kesejahteraan isi rumah, pemerhatian pusat adalah bahawa tidak semua isi rumah berkongsi pengalaman yang sama kerana semua orang hidup dalam realiti yang berbeza.

The School - to - work transition of young malaysians

Laporan ini mengkaji tahap kesukaran yang dihadapi oleh kaum lelaki dan wanita di Malaysia dalam fasa peralihan mereka dari sekolah ke tempat kerja. Tinjauan itu mempersoal responden apa yang mereka mahu dari kehidupan mereka dan serta dalam bidang kerja, bagaimana sistem pendidikan dan latihan dapat menyediakan diri mereka untuk keluar di pasaran bagi mendapat perkerjaan serta bagaimana cara mereka mencari pekerjaan dan keadaan mereka semasa berkerja.

Tinjauan ini juga mendedahkan ketidakpadanan dan kesilapan yang popular mengenai hubungan antara bekalan dan permintaan untuk golongan muda di pasaran buruh serta mengenal pasti ciri pasaran buruh yang menggesa campur tangan dasar.

Penemuan dari kaji selidik ini amat penting kepada aspirasi negara kerana ia adalah modal insan rakyat Malaysia yang masih muda, yang akan menentukan kemajuan Malaysia sehingga mencapai status berpendapatan tinggi.

RAKAN

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Close Menu

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.