Pendidikan

Kami percaya masa depan negara bermula dengan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua.

Inisiatif kami termasuklah:

Mempromosikan STEM di sekolah berprestasi rendah

Membangunkan rangka kerja penilaian baru bagi kanak-kanak dengan masalah pembelajaran

Menyokong pendidikan inklusif

Memberi latihan dalam kesihatan mental untuk kaunselor sekolah

Meningkatkan kemahiran untuk belia berisiko

Menawarkan biasiswa melalui Yayasan Khazanah

Kisah Utama | Pendidikan

Pendidikan Inklusif Untuk Minda Yang Lebih Cerah

PENDIDIKAN MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA. Pendidikan yang berkualiti dan perkembangan ekonomi amat penting untuk mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi sebagai negara yang maju.

Walau bagaimanapun, untuk memperbaiki standard sistem pendidikan Malaysia bukanlah satu tugas yang mudah. ia tidak akan berlaku dalam semalaman dan memerlukan sokongan yang kuat daripada banyak pihak.

Sebagai sebuah yayasan yang berasaskan impak, Hasanah dan rakan badan bukan kerajaan sangat komited untuk meningkat kan taraf pendidikan dan menangani isu-isu seperti kekurangan kandungan menyeluruh yang menggalak kan pembangunan kemahiran kepimpinan dan sistem penilaian untuk pelajar kurang upaya. Jurang ini telah ditengahkan pada tahun 2018 melalui usaha yang dijalankan oleh Hasanah dan rakan badan bukan kerajaan yang lain dalam mempromosi kan pendidkan yang berkualiti dan menyeluruh.

Teras utama usaha Hasanah dalam bidang pendidikan adalah untuk memastikan pelajar mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan memacu transformasi sekolah awam melalui program sekolah amanah (Trust School Programme-TSP).

TSP kini berada di tahun kelapan dan telah mendorong pelbagai pihak berkepentingan untuk bekerjasama menuju ke arah matlamat yang sama iaitu untuk melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka, fasih, mempunyai pendidikan yang utuh, dan diperkasakan dengan nilai sivik dan kesedaran moral yang kuat. Ini boleh dicapai melalui rangka sekolah transformasi yang utuh dan boleh di laksanakan oleh sekolah-sekolah kerajaan dalam tempoh yang lama.

Untuk Program TSP, Hasanah dan Yayasan Amir telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan LeapEd Services Sdn Bhd untuk memantau perubahan sekolah yang terpilih yang dikenali sebagai sekolah amanah, di dalam aspek pembangunan budaya sekolah dan menggalak kan kejayaan pelajar secara menyeluruh. LeapEd Services adalah sebuah perkhidmatan pendidikan yang menghasilkan dan melaksanakan kerja-kerja transformasi di sekolah-sekolah terpilih.

Sehingga kini, Program TSP telah dijalankan di 10 negeri dan disertai oleh lebih 83 sekolah.

Bagi program yang mempunyai matlamat tinggi, terdapat beberapa cabaran yang tidak dapat dinafikan dalam melaksankan TSP. Pada tahun 2018, usaha yang lebih besar telah dibuat untuk mencapai dan membina hubungan bersama pihak berkepentingan yang terlibat dalam TSP.

"Cabarannya adalah untuk memastikan pihak berkepentingan memahami peranan mereka dan impak yang mereka ada pada TSP. Sesi pembelajaran dalam beberapa tahun ini menunjukkan bahawa perlu ada penglibatan yang sistemik dari semua pihak yang berkepentingan untuk memastikan pemahaman yang sama dan pelaksanaan yang berterusan,"
Nik M. Fahmee
Pengarah Program Yayasan Amir

Lawatan ke sekolah-sekolah telah memberi penaja-penaja TSP pemahaman yang lebih baik tentang program dan kesannya kepada benefisiari. Pada tahun 2018, Hasanah telah melawat sekolah tajaan mereka, SMK Ayer Lanas dan Sk Gemang.

Walaubagaimanapun, TSP pergi lebih mendalam dari lawatan sekolah. TSP telah melalukan penyelidikan menyeluruh terhadap sistem pendidikan; mengambil pelbagai pendekatan yang bukan sahaja berguna untuk sekolah tetapi juga MOE.

Membangunkan kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti tinggi

Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

Memaksimumkan Pencapaian dan Potensi Pelajar

Mengukuhkan Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak berkepentingan

“TSP mengambil pendekatan ‘ penambahbaikan sekolah – sekolah ‘ di mana setiap sekolah akan membangun kan satu pelan khas yang memberi tumpuan kepada 4 matlamat strategik untuk menerapkan proses secara berterusan dalam penambahbaikan dan membina kapasiti.”

“Ini merupakan pendidikan yang lebih menyeluruh, komprehensif dan berkualiti untuk pelajar dan sumber pendidikan yang sama diasaskan pada nilai dan integriti yang tinggi,” tambahnya.

Sekolah Amanah yang telah berada di dalam program ini dalam masa yang lama,selalunya menunjukkan ciri-ciri seperti yang dinyatakan di dalam empat tiang pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation, iaitu pembelajaran untuk mengetahui, pembelajaran praktikal, belajar untuk menjadi dan belajar untuk hidup bersama.

Pendekatan pembelajaran yang menyeronokan seperti projek individu dan projek berpasukan, membaca dan bercerita, serta lakonan peranan dan kuiz yang terdapat di Sekolah Amanah menggalak kan pelajar untuk menjadi lebih yakin, serta memiliki keupayaan untuk menyuarakan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan. Pelajar juga didedahkan kepada budaya pembelajaran yang positif dan diberi peluang untuk belajar antara satu sama lain dan menerima kritikan.

Menaikkan Penanda Aras

Salah satu daripada tanda mercu TSP pada tahun 2018 adalah proses akreditasi sekolah Amanah Cohort 2011 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Cohort 2011 terdiri daripada lima sekolah di Johor dan lima sekolah di Sarawak. JNJK telah menjalankan akreditasi sekolah dari Ogos sehingga Oktober 2018.

Akreditasi Sekolah Amanah adalah sangat penting. Bagi Sekolah Amanah, akreditasi adalah pencapaian yang penting untuk sekolah-sekolah yang telah mencapai piawaian yang telah ditetapkan dan memberi jaminan bahawa mereka mampu untuk memastikan kelangsungan serta pembangunan sistem yang telah diterapkan secara berterusan.

Kemajuan yang telah dibuat setakat ini telah membuka jalan untuk 20 lagi sekolah Amanah untuk menjalani proses akreditasi pada tahun 2019.

“Sekolah Amanah di Kelantan adalah antara negeri yang termuda berada di dalam program sekolah Amanah dan lima buah sekolah lain di Jeli, Kelantan berada pada tahun kedua di dalam program tersebut. Tahun ini akan menjadi tahun terakhir bagi sekolah- sekolah ini untuk mendapat latihan penuh daripada LeapEd dan latihan ini akan dikurangkan secara berperingkat dalam 3 tahun seterusnya. "
Nik M. Fahmee
Pengarah Program Yayasan Amir

Kerjasama Awam-Swasta Yang Berjaya

TSP dilihat sebagai perkongsian awam-swasta yang berjaya (PPP). Persefahaman yang jelas di kalangan pihak berkepentingan telah membawa kepada kerjasama yang lebih baik dan penyelarasan TSP. Ini diterjemahkan ke dalam penjajaran yang lebih baik antara dasar pembentukan dan pelaksanaan di sepanjang rantaian nilai pendidikan.

Dr Habibah binti Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan berkata, Sekolah Amanah telah mendapat manfaat daripada program pembangunan kapasiti dan modul, konsultasi dan penasihat, yang telah membawa kepada pemerkasaan peranan di kalangan pemimpin dan guru sekolah.

"Pemimpin sekolah yang berdedikasi dan pasukan kepimpinan telah berjaya membimbing sekolah mereka ke arah budaya kecemerlangan, dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencontohi kejayaan mereka"

“Akses kepada kepakaran antara-bangsa dan bantuan jurulatih telah banyak membuka mata guru dalam meneroka cara baru untuk menyampai kan proses pengajaran, “ "
Dr Habibah Binti Abdul Rahim
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Dengan ini, adalah diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dalam jangka masa panjang.

Puan Nor Zaleha dan Puan Mohana adalah antara ibu bapa yang sering terlibat dengan aktiviti yang dijalankan di SK Tabuan, Sarawak.

TSP juga memberi penekanan kepada penglibatan yang lebih aktif daripada ibu bapa dan komuniti di dalam aktiviti sekolah.

Dr Habibah percaya bahawa sekolah Amanah boleh menjadi sekolah contoh di Malaysia dan juga di peringkat antara-bangsa.

“Kami optimistik dalam kerjasama untuk TSP pada masa hadapan kerana ianya aktif dalam menggalak kan pembelajaran holistik, termasuk lima kemahiran hidup yang kritikal iaitu keyakinan, komunikasi, kreativiti, pemikiran kritikal dan kewujudan bersama.”

"Kami mahu memupuk dan melibatkan pelajar dengan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang sesuai untuk membolehkan mereka mencorak masa hadapan,"
Dr Habibah Binti Abdul Rahim
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
“Harapan kami adalah untuk seluruh komuniti pendidikan melihat nilai dalam TSP dan visinya, dan akan menyesuaikan diri dan mencontohi rangka pembelajaran yang baik dan pembelajaran positif dari program” katanya.

BERDASARKAN RANGKA TINDAKAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025, MOE BERHASRAT UNTUK MEMPERLUAS KAN TSP KEPADA 500 SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2025.

Transformasi Sekolah Di Seluruh Negeri

PADA TAHUN 2018, YAYASAN AMIR JUGA MELANCARKAN PROGRAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN DI SELURUH NEGERI YANG DIKENALI SEBAGAI PROJEK AMAN UNTUK MELENGKAPI TSP.

Projek Aman merupakan satu program pendidikan di seluruh negeri selama 3 tahun, yang memberi tumpuan kepada sistem transformasi berperingkat yang memberi impak kepada ketiga- tiga komponen sistem pendidikan negeri iaitu Pejabat Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah terpilih.  Program ini memberi kesan ke atas 64 sekolah ujian di Kedah.

Projek Aman  telah dinamakan semula sebagai DTP-Aman di Kedah kerana ia telah merangkumi Program Transformasi Daerah 3.0 yang diilhamkan oleh MOE. DTP-Aman dan merupakan pendekatan utama di mana pegawai JPN dan PPD dilatih dan diberi kuasa untuk membangun, melaksana, memantau dan mengkaji keperluan sekolah dan pelajar.

Sesi kejurulatihan dan mentor bersama JPN dan PPD tertumpu kepada topik seperti merancang, kejurulatihan dan pemantauan prestasi sekolah.

“2018 dilihat sebagai tahun yang pertama untuk projek itu, oleh itu, tumpuan lebih diberi untuk membina hubungan dan pembangunan kapasiti bersama JPN dan PPD. Penglibatan formal dan tidak formal telah diadakan untuk memberi pemahaman dan persefahaman, "
Nik M. Fahmee
Pengarah Program Yayasan Amir

Penilaian Alternatif Bagi Pelajar Yang Mempunyai Keperluan Pendidikan Khas

Selain daripada TSP, pendekatan Hasanah ke arah meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan matlamat United Nation’s Sustainable Development Goal (SDG) untuk memastikan pendidikan yang berkualiti untuk semua.

Di bawah SDG yang keempat, United Nations telah meletakkan sasaran pada tahun 2030, untuk menghapus kan jurang perbezaan antara jantina di dalam pendidikan dan juga menyediakan akses yang sama untuk semua peringkat pendidikan dan latihan vokasional bagi golongan kurang bernasib baik, termasuk orang kurang upaya, orang asli dan kanak-kanak yang berada dalam sukar.

Dengan itu, usaha Hasanah ke arah pendidikan inklusif untuk semua melangkaui matlamat untuk menaikkan sekolah kepada tahap yang lebih tinggi. Sebahagian daripada menggalak kan kesamarataan dalam sistem pendidikan termasuklah program latihan untuk Pelajar Pendidikan Khas (Special Education Needs-SEN) dan dan menyediakan satu sistem penilaian yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Salah satu pencapaian oleh rakan Hasanah, Khidmat Nurani Khalifah (KNK), penilaian menyeluruh adalah pengenalan rangka penilaian baru iaitu Pentaksiran Alternat Sekolah Menengah (PASM) atau Alternate Assessment for Students with Learning Disabilities at the secondary level,  yang melengkapi pelaksanaan oleh KPM iaitu Alternate Assessment for Primary School Students with Learning Difficulties atau Pentaksiran Alternat Sekolah Rendah (PASR) pada tahun 2016.

"Dana daripada Hasanah membantu KNK mengumpul pakar dalam Pendidikan Khas, Profesor Universiti, Pensyarah Kolej, guru-guru yang berpengalaman dan ibu bapa yang dipilih untuk membantu kami mentafsir kan konsep PASM,"
Mohamad Kombali Husni
Khidmat Nurani Khalifah (KNK)

“Dengan  PASM, pelajar SEN akan diperakui berdasarkan kebolehan mereka. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali diri dan juga untuk dikenali serta meletakkan mereka dalam kedudukan yang adil di kalangan masyarakat, “ jelas Kombali.

Kebanyakan pencapaian KNK pada tahun 2018 telah berjaya diperolehi melalui kerjasama antara guru-guru untuk membantu dalam perancangan, rekabentuk dan merealisasikan PASM. Kombali percaya bahawa dengan PASM,  revolusi  penilaian pelajar akan berubah dan secara tidak langsung mempromosi kan pendidikan inklusif untuk semua anak di Malaysia.

Mengambil satu langkah dalam satu masa, KNK meramalkan, untuk mendapat penerimaan dan kelulusan orang ramai mengenai pendekatan bukan peperiksaan dalam penilaian pencapaian pelajar di sekolah adalah satu tugas yang sukar. Pada masa yang sama KNK juga dilengkapi dengan matlamat untuk membuat rangka kerja yang baru sebagai alternatif kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar yang kurang upaya menjelang tahun 2022, supaya tiada siapa akan ketinggalan untuk memperolehi pendidikan yang berkualiti.

RAKAN-RAKAN

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Close Menu

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.