Melangkah Lebih Tinggi

HARI HASANAH

Hari Hasanah_Logo

Hari Hasanah adalah hari Hasanah dan Khazanah Nasional, bersama-sama dengan rakan-rakan kami, bersama-sama melakukan kebaikan untuk masyarakat. Kami menyambut Hari Hasanah yang pertama pada tahun 2017. Sejak itu, ia telah menjadi acara tahunan bagi Hasanah.

Tahun lepas, kami telah melawat wad kanak-kanak di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Walau kami hanya berada di sana selama sehari, kami telah melakukan yang terbaik untuk menghiburkan pesakit muda disana. Bayangkan reaksi mereka apabila mereka dikunjungi oleh Elly, watak maskot dari Super Squad yang dihantar oleh rakan kami, NetCarbon! Kami juga menghiburkan mereka dengan belon berbentuk haiwan dan beg kasut yang mengandungi buku aktiviti bertajuk ‘Get Well Soon’, digambarkan dan dikarang oleh Ling Ya Xuan. Ya Xuan menyusun idea menulis buku sambil merawat saudaranya yang sedang sakit. Hasanah telah membantu mencetak buku tersebut dan menjadikan sebagai hadiah kepada mereka.

Hasanah Bersama Rakyat

Hasanah Bersama Rakyat (HBR) adalah program jangkauan seluruh negara yang dimulakan pada tahun 2017. Dengan HBR, kami menggalakkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk membuat kebajikan bagi komuniti mereka dan secara aktif memainkan peranan dalam memberi-kembali kepada masyarakat atau ke planet ini.

Melalui pelbagai inisiatif di bawah HBR, kami berharap dapat mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan berbuat baik dan semua orang boleh melakukan perubahan. Pada tahun 2018, kami mengadakan program HBR di tiga lokasi di seluruh negara – Kedah, Kelantan dan Sarawak.

Khazanah-Hasanah CR Efforts

Sebahagian daripada apa yang dilakukan di Hasanah, adalah bekerjasama dengan Khazanah untuk menyokong pelbagai usaha bantuan kemanusiaan. Pada tahun 2018, Hasanah dan Khazanah menyumbang sebanyak RM0.989 juta dalam bentuk bantuan. Berikut adalah kemuncak beberapa usaha kerjasama kami tahun lepas.

Kami bekerjasama dengan MERCY Malaysia, IMARET dan iM4U untuk mendermakan bekalan makanan dan perubatan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh. Kami juga membantu menyalurkan dana kepada keluarga biasiswa Yayasan Khazanah, Dr Fadi melalui Viva Palestina Malaysia dan membantu NCCR Gaza untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan bagi 100 kanak-kanak kurang upaya.

Kami juga menyumbang kepada usaha bantuan bencana Malaysia di Indonesia semasa gempa bumi Lombok dan Sulawesi melalui rakan kongsi kami Mercy Malaysia dan IMARET. Melalui rakan kami,PACOS Trust, kami memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Sabah dengan memberi mereka dana untuk membina semula rumah dan serta bantuan bekalan mereka untuk menampung mereka ketika bencana.

Pembangunan Kapasiti

Objektif utama pembangunan kapasiti kami adalah untuk mewujudkan organisasi yang berdaya tahan dan berkesan, yang sengat penting untuk menyampaikan usaha yang mampan untuk perubahan sosial jangka panjang. Kami percaya bahawa pelaburan dalam pembangunan kapasiti bersama rakan kongsi kami adalah asas kepada visi bersama untuk perubahan. Kami menganggap pembinaan kapasiti menjadi komponen penting dalam pembangunan organisasi keseluruhan.

Geran

Visi kami untuk membina Malaysia yang lebih berjaya mungkin tidak akan berjaya tanpa rakan kongsi yang dapat mengiktiraf kepentingan mencapai kesan mampan positif.

Dari peringkat negara sehingga ke peringkat tempatan, kami bekerja rapat dengan kementerian dan agensi dari sektor awam serta NGO serta akar umbi untuk menyampaikan dasar dan program yang menyokong kesejahteraan sosial keseluruhan rakyat Malaysia.

Melalui pendekatan yang komprehensif ini, kami dapat menyokong pelbagai perkara penting untuk masyarakat dan negara kita secara keseluruhan. Dari memperbaiki pendidikan sekolah awam hinggalah menyediakan latihan keusahawanan untuk wanita bahkan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih hijau untuk generasi masa depan kami, setiap program yang kami dukung ditujukan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang mereka perlukan. Berminat untuk bekerjasama? Lawati laman web kami di YayasanHasanah.org

Close Menu

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.