Kisah pilihan | Seni & Ruang Awam

Rumah Degil - Sebuah Perjalanan Warisan

Sebuah rumah kampung Melayu lama, bertiang tinggi. Walaupun di kawasan luar bandar, jarang sekali dapat dilihat berdiri struktur rumah sebegini, apa lagi di tengah-tengah hutan konkrit Kuala Lumpur.

Rumah berkenaan, tidak lain tidak bukan adalah Rumah Warisan Chow Kit (Rumah Pusaka Chow Kit). Lebih dikenali sebagai ‘Rumah Degil’ – secocok dengan maksud harfiahnya, sebuah rumah yang degil – struktur binaannya tetap kukuh walau dimamah usia berzaman; dari pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II hingga ke kepesatan pembangunan pada masa kini yang bercirikan elemen modenisasi, jauh meninggalkan elemen warisan tradisi kayu dahulu kala. 

Menyingkap sejarah lama, Rumah Degil dibina di Jalan Chow Kit pada tahun 1926 oleh Haji Jaafar Sutan Mengatas yang merupakan keturunan Sutan Puasa, salah seorang pembuka kota terawal Kuala Lumpur. 

Sepanjang kewujudannya, kehadiran sebuah rumah kayu dikelilingi bangunan pencakar langit menjadikannya sebuah karya seni bina yang mencetuskan rasa ingin tahu kepada penghuni bandar. Pada masa kini, di mana banyak bangunan bersejarah seusia jajahan kolonial, diubah menjadi muzium atau dirobohkan secara langsung, Rumah Degil, seiring dengan kedegilannya, tidak berganjak ke mana-mana, teguh berdiri sebagai sebuah kediaman peribadi.

Selepas hampir satu abad bertahan, kisah Rumah Degil di Jalan Chow Kit berakhir pada tahun 2013 apabila pemilik terakhir Puan Norma Manjawali, menjualnya kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Puan Norma, cucu kepada Haji Jaafar Sutan Mengatas melihat Rumah Degil sebagai sebuah tempat bernostalgia, menyimpan rekod memori seluruh kehidupan beliau; sejak zaman kanak-kanak, menginjak dewasa, bertemu pasangan hidup dan melahirkan zuriat di sana.

Riwayat Rumah Degil tidak tamat begitu sahaja. Mujurlah, sebuah kumpulan penyokong dikenali sebagai Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit di atas usaha mereka, telah menyimpan dan meletakkan komponen Rumah Degil di lokasi yang selamat.

Pada tahun 2017, Hasanah berkolaborasi dengan beberapa rakan kongsi telah menjalankan sebuah misi murni – mendapatkan Rumah Degil, sebuah tapak “rumah” baru.

Dalam misi ini, komponen-komponen Rumah Degil telah diperoleh Jabatan Warisan Negara. Dengan kerjasama Hasanah, Pertubuhan Arkitek Malaysia, dan Persatuan Rumah Chow Kit, persetujuan bersama telah dicapai dimana Rumah Degil akan dibina semula di atas tapak kawasan sekitar Balai Seni Negara, dipelihara sebagai sebahagian daripada warisan budaya Malaysia.

Proses pembinaan bermula pada bulan Februari 2018 dan dijangka selesai pada bulan Ogos, tetapi projek itu telah ditangguhkan akibat hujan lebat pada bulan Julai yang menyebabkan struktur bumbung Rumah Degil runtuh. Projek ini disambung semula dan akhirnya, pada November 2018, pembinaan Rumah Warisan Chow Kit yang dipulihkan selesai dengan jayanya. Kini, Rumah Degil berdiri sebagai bukti bagaimana sebuah karya seni bina masa lalu dapat terus dihidupkan untuk dikagumi dan dihargai oleh generasi masa hadapan. Rumah Degil dijadualkan dibuka kepada orang awam pada suku ketiga tahun 2019.

Puan Normah gembira berkongsi cerita tentang Rumah Degil

Projek ini disokong oleh

Kisah pilihan | Seni & Ruang Awam

Panduan untuk kreativiti

Mencipta satu jenis baja baru seperti pilihan yang ganjil untuk projek sekolah rendah, namun idea yang hebat kadangkala datang dari asal-usul yang luar biasa.

Berpakaian tradisional, pelajar-pelajar ini membentangkan idea mereka di hadapan orang ramai.

Dengan bantuan Netcarbon, pelajar SK Desa Pinggiran Putra bekerjasama untuk mengenal pasti satu penyelesaian kepada masalah baja komersial, iaitu kos yang tinggi dan merosakkan alam sekitar.

Netkarbon merupakan pakar kandungan pendidikan yang berpengalaman luas dalam mengarang bahan ilmiah yang menarik bagi pasaran K12. Syarikat ini mengarang kandungan matematik dan sains yang dikerahkan ke 8,000 sekolah dan 3,000,000 pelajar di seluruh negara.

Ahmad Fahim dari SK King George V berkongsi karya beliau, menggunakan buku panduan aktiviti Satria Cipta sebagai rujukan.

Satria Cipta menyediakan struktur metodologi dan aktiviti untuk perkongsian masalah menggunakan “Design Thinking” dan dalam pada masa yang sama menggabungkan elemen pengetahuan tentang seni, warisan dan budaya dengan matlamat untuk memupuk penghayatan seni, warisan dan budaya di dalam penyelesaian masalah seharian di zaman moden ini.

Program ini telah dilancarkan di 10 buah sekolah pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada 10 aktiviti kelab kurikulum.

Para pelajar mendapat ilham dari aktiviti yang terkandung di dalam buku panduan aktiviti Satria Cipta yang konsep dan rekaan dibuat oleh Netkarbon. Buku panduan ini mengandungi 15 jenis modul aktiviti yang mengambil masa 2 jam untuk disiapkan ,di mana guru dapat mengintegrasikan ke dalam rangka pelajaran mereka sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum.

Buku panduan ini membina modul tersebut dengan menyediakan aktiviti yang mudah diaplikasikan dan konsisten untuk sekolah yang melaksanakannya.

Menurut Mohd Rashdan Ramlee, Ketua Pegawai Eksekutif Netkarbon, modul ini menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar kotak dan memberi penyelesaian kepada masalah harian menggunakan tema seni, budaya dan Warisan.

Sejumlah 54 sekolah mengambil bahagian di dalam projek untuk mengaplikasikan buku panduan aktiviti Satria Cipta ke dalam sesi pembelajaran mereka. Projek ini telah dilancarkan selepas rundingan menyeluruh dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan projek ini dijalankan dengan lancar, Kementerian Pelajaran masih terlibat dalam projek ini sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

"Salah satu cabaran bagi guru ialah penyediaan bahan dan aktiviti. Dengan buku panduan ini, kami boleh memastikan pelaksanaan yang konsisten di peringkat sekolah kerana setiap segmen aktiviti dihuraikan dengan teliti, "kata Mohd Rashdan.

"Kandungan buku panduan ini juga tidak akan mengganggu rancangan pelajaran sedia ada kerana ia dengan mudah boleh disesuaikan dengan topik pembelajaran pada hari itu. Cabaran terbesar kami adalah memastikan rancangan kami untuk projek ini seiring dengan jadual sekolah, yang sudah tentu akan diutamakan. Namun kami bernasib baik kerana buku panduan aktiviti Satria Cipta direka untuk menjadi fleksibel dan mampu untuk dijalankan oleh sekolah-sekolah yang berbeza, "tambahnya.

Mohd Rashdan Ramlee

-


Ketua Pegawai Operasi Netcarbon

Sebagai sebahagian daripada aktiviti buku panduan tersebut, para pelajar SK Desa Pinggiran Putra memperkenalkan baja organik yang menggunakan kulit bawang, kulit pisang dan air sisa dari basuhan beras.

Mereka juga menemu ramah seorang nenek rakan sekelas mereka yang pernah menjadi seorang petani di kampung halamannya. Hasil temu ramah bersama petani itu sangat membantu pelajar kerana pengetahuan beliau telah membolehkan mereka untuk memilih bahan yang betul untuk baja.

Baja organik itu kemudiannya dihantar ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk ujian, dan telah disahkan sebagai produk boleh dipraktikkan. UPM sedang mengadakan ujian penyelidikan dan pengkomersilan baja tersebut.

Sebuah lagi sekolah terpilih untuk menyertai projek tersebut ialah SK Tanjong Malim. Guru Besar Sekolah, Azuraniza binti Abu Samah berkata bahawa guru-guru berasa gembira dengan aktiviti buku panduan itu kerana gabungan yang sempurna antara pemikiran imaginatif dengan penghargaan untuk seni.

"Satria Cipta sangat bagus kerana ia merangsang kreativiti dan pada masa yang sama memberi inspirasi kepada pelajar untuk tidak melupakan budaya diwarisi dari nenek moyang mereka. Program ini juga berjaya mengetengahkan warisan kebudayaan setiap negeri dan seterusnya memastikan seni tradisional Malaysia dipelihara dengan baik, "
Azuraniza Binti Abu Samah
Guru Besar SK Tanjung Malim.

Apabila ditanya mengenai rancangan masa depan, Mohd Rashdan menyatakan bahawa buku panduan aktiviti Satria Cipta adalah satu-satunya fasa semasa untuk keseluruhan program Satria Cipta.

"Kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi keupayaan program Satria Cipta. Secara khususnya, kami merancang untuk mewujudkan ruang atau bilik khas yang boleh membantu guru dan pelajar untuk memulakan dan menjalankan program Satria Cipta di sekolah mereka, "katanya.

Kisah pilihan | SENI & RUANG AWAM

PENYEDIAAN PENTAS

Peningkatan akses kepada seni persembahan adalah salah satu matlamat Hasanah dalam Seni, Budaya dan Warisan. Teater di Malaysia mempunyai reputasi yang tidak wajar dimana ia hanya dianggap sebagai satu aktiviti yang dilakukan hanya oleh sekumpulan masyarakat yang tertentu, dan pada kebiasaannya hanya dari kumpulan orang yang sama.

HASANAH TELAH MEMBUAT USAHA YANG KETARA UNTUK MENCABAR MINDA DENGAN MEMPERLUASKAN PENONTON TEATER DI MALAYSIA, KHUSUSNYA DI KALANGAN GENERASI MUDA. MENCIPTA KUMPULAN PENONTON BAHARU JUGA BERTUJUAN MEMBERI PELUANG KEPADA GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK MENIKMATI APA YANG BIASANYA DILIHAT SEBAGAI SATU KEGIATAN YANG MAHAL.

Meningkatkan akses kepada seni di kalangan rakyat Malaysia adalah penting bagi kelangsungan hidup Seni Lukis di negara ini. Industri seni yang berkembang maju bukan sahaja merangsang kreativiti dalam masyarakat tetapi juga membuka peluang baru dalam bentuk kerjaya. Ia menggalakkan penghayatan tradisi dan memperkayakan budaya negara dengan menerapkan elemen seni yang baru.

Di seluruh 2018, Hasanah bekerja dengan pelbagai rakan kongsi untuk menggalakkan kesedaran dan membawa halangan yang menghalang golongan muda atau kurang berkemampuan daripada mengalami seni persembahan.

Secara keseluruhan, lebih daripada 2,000 kanak-kanak dapat menyaksikan pertunjukan seni persembahan pada tahun 2018. Ramai kanak-kanak ini merasakan bahawa pengalaman menonton seni persembahan telah membuka mata mereka, kerana ia adalah persembahan teater yang pertama mereka hadiri.

Di Kuala Lumpur, KL Shakespeare memperkenalkan karya playwright paling terkenal di Britain kepada pelajar dari Sembilan sekolah di Lembah Klang. Semua kanak-kanak ini datangnya dari sekolah yang sudah menerapkan unsur-unsur teater dalam kurikulum mereka (seperti yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan) tetapi pembelajaran tentang Shakespeare di sekolah masih sangat berbeza daripada menontonnya di atas pentas.

90 anak yang bertuah dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Tioman bertemu dengan krew MIME “Happy Express”, persembahan komik yang dinyatakan melalui teknik MIME dan badut. Kanak-kanak ini juga diberi peluang untuk melatih dan membuat persembahan dengan krew di atas pentas.

Di utara Pulau Pinang, pesta seni Georgetown yang sangat popular menarik minat ramai orang termasuk 259 peserta dari sekolah, rumah anak yatim dan masyarakat tempatan dari sekitar bandar.

Pelakon dan krew tempatan teater muzikal Ola Bola menyampaikan persembahan khas untuk 600 pelajar dari pelbagai sekolah seni. Para penonton yang agak muda tidak hanya disajikan dengan persembahan berprestij tetapi juga mendapat jemputan ke belakang pentas untuk bertemu dengan para pelakon serta mengetahui lebih mendalam tentang ciri-ciri teknikal yang agak rumit dan terperinci di Istana budaya.

MEMBANTU DI SEBALIK TABIR

Artis persembahan tempatan dan meningkatkan aspek pendidikan seni persembahan di Malaysia.

Hasanah telah membantu Actor’s Studio di Kuala Lumpur meraikan ulangtahun ke-30 tahun melalui pementasan beberapa karya baru. Studio ini telah memainkan peranan penting dalam melatih artis persembahan tempatan dan memandu adegan seni kontemporari di Malaysia. Walaupun mereka melalui perjalanan yang agak sukar, pencapaian 30 tahun mereka adalah satu bukti kepada kejayaan mereka dalam menghidupkan arena teater di negara ini.

Persidangan antarabangsa yang kedua dalam pendidikan tarian (ICONDE 2018), yang diadakan di Pusat kreatif kanak-kanak Tuanku Bainun, membolekhan artis tempatan dan antarabangsa serta ahli akademik bertemu, bergaul dan membincangkan kreativiti dan tarian sebagai salah satu alat dalam pendidikan.

DENGAN BANTUAN HASANAH, 26 PELAJAR DAN GURU SENI PERSEMBAHAN TELAH MENGHADIRI PERSIDANGAN ITU DAN KEMBALI DENGAN PANDANGAN YANG LEBIH LUAS DAN KEMAHIRAN BARU UNTUK MELANJUTKAN PENDIDIKAN TARIAN DAN TEATER DI MALAYSIA.

PARTNERS

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Close Menu

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.