MELAPI merupakan sebuah pertubuhan bukan-untung (non-profit organisation) yang berpangkalan di Sabah bertujuan untuk menghubungkan orang ramai dengan alam semula jadi, menggalakkan kehidupan mampan dan meraikan warisan budaya yang kaya di Borneo.
Setiap tahun, MELAPI menganjurkan Festival Borneo Eco Film (BEFF) – sebuah perayaan filem alam sekitar dan budaya yang memberikan suara kepada pembikin filem tempatan, aktivis alam sekitar. Ia adalah satu-satunya festival filem seumpamanya di Borneo dan tahun lepas merupakan tahun kelapan ianya berlangsung.
Sebahagian besar filem-filem ditayangkan di 2018 BEFF datang dari program latihan perdana Suara Community Filmmaking. Ini menggalakkan pembikin filem Sabah untuk menghasilkan filem-filem dari perspektif mereka sendiri, untuk menceritakan kisah-kisah yang penting bagi mereka dan masyarakat mereka, dan juga untuk berkongsi cerita-cerita ini dengan rakyat Malaysia dan dunia.
Pada tahun 2018, pembikin filem komuniti MELAPI - pembikin baru dan pertengahan - telah menghasilkan sejumlah 15 filem, output yang terbaik daripada program Suara Community Filmmaking sejak 2011.
Faijan Mustapah, seorang pembikin filem yang telah bersama dengan Suara hampir tujuh tahun. Berasal dari Batu Puteh, Kinabatangan, Faijan menyertai Suara sebagai artis muda yang ghairah untuk bercerita. Sejak perjalanannya bermula, keyakinan beliau telah berkembang dan beliau telah membangunkan sebuah mata kritis dalam seni pembikinan filem komuniti.
Pembikinan filem bermula sebagai hobi. Saya menyertai Suara kerana ianya sebuah pertubuhan berasaskan komuniti dan ia memberi peluang untuk kami mempelajari kemahiran baru (pembikinan filem). Tetapi ianya bagi saya, lebih daripada itu. Ia memberikan masyarakat luar bandar suara, yang kita boleh dikongsi dengan orang ramai.
Faijan Mustapah
-Pembikin Filem
Genre: Seram adalah salah satu filem Faijan sedang usahakan.
Pada 2018, Faijan secara rasminya telah menjadi jurulatih dan mula berkongsi kemahiran beliau dengan rakan Suara lain semasa tutorial di lokasi dan juga di bengkel.
Setelah mengubah hobinya menjadi projek sepenuh masa, Faijan lebih komited dari sebelumnya untuk melihat Suara meneruskan misi menyokong pembikin filem tempatan.
Kami mempunyai banyak kisah penting untuk diceritakan. Saya berharap program Suara akan diteruskan selamanya untuk menjadi platfom kisah-kisah komuniti untuk dikongsi. Selagi saya mempunyai peluang ini, saya akan terus berkongsi pengetahuan dan kemahiran saya di mana ianya diperlukan.
Anda boleh menonton lebih banyak video daripada komuniti suara di sini!
Walaupun terdapat di dalam kurikulum kebangsaan, pendidikan tentang bagaimana menjaga alam sekitar biasanya mengambil tempat duduk belakang dalam aktiviti bilik darjah. Ini adalah isu berterusan di mana Hasanah terus berusaha untuk membetulkannya dengan menyokong kerja rakan-rakan kerjasamanya dalam program pendidikan alam sekitar.
Sepanjang tahun lepas, Hasanah telah berkolaborasi dengan pelbagai organisasi rakan kongsi di Semenanjung Malaysia untuk menjadikan pendidikan alam sekitar lebih menarik dan bermakna bagi kedua-dua; guru dan pelajar.
Rakan-rakan kerjasama kami, setiap satu dengan pengkhususan yang tersendiri dalam berbagai bidang penjangkauan alam sekitar, secara kolektif telah menyumbang untuk menjadikan pendidikan alam sekitar lebih menarik bagi para pelajar, mencetuskan minat mereka untuk mengamalkan cara hidup lestari dan meneroka peluang untuk membantu dalam proses pemuliharaan alam sekitar.
Ke Arah Masa Depan Yang Hijau
Kebanyakan program mengajar pelajar bagaimana untuk mengurangkan sisa atau menjimatkan tenaga, serta bagaimana mereka dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa, sahabat dan jiran mereka untuk mengamalkan amalan gaya hidup lestari di rumah.
Salah satu program itu dikendalikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Consumers Association of Penang- CAP), sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan, khusus untuk advokasi dan pendidikan pengguna. CAP, dengan bantuan sebuah syarikat perkhidmatan kitar semula E-idaman, telah menjalankan program di sekolah-sekolah dan membantu para pelajar membina sistem pengumpulan sampah yang tidak hanya menyeronokkan bagi para pelajar tetapi juga menguntungkan.
"Saya belajar dengan menjual barang-barang kitar semula, kita boleh menjana keuntungan dan juga menyelamatkan alam sekitar. Saya sangat gembira dan teruja untuk melakukan [projek] ini, "
Jamuna dari SJK (T) Somasundram, salah sebuah sekolah yang terlibat dalam inisiatif CAP
Pelajar juga bermotivasi untuk mengitar semula, terima kasih kepada Recycle for Life (RFL), sebuah inisiatif kitar semula sekolah unik yang dipromosikan oleh E-Idaman. Dengan mengitar semula bahan buangan, para pelajar akan diberi ganjaran berbentuk kredit berdasarkan apa yang telah mereka kumpulkan, yang kemudiannya boleh dibelanjakan di kedai runcit terpilih.
Satu lagi projek yang disokong oleh Hasanah adalah iG-HOME Inovasi Rumah Lestari, hasil kerjasama antara Yayasan PINTAR dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Projek ini dimulakan pada tahun 2017 dan Fasa Kedua telah dilancarkan tahun lepas, melibatkan 17 buah sekolah dan 33 guru.
Di bawah program iG-HOME, sistem alam sekitar telah dibangunkan di sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, daripada program kitar semula, pengkomposan organik, penjanaan biogas, penuaian air hujan dan bumbung hijau. Melalui aktiviti bilik darjah interaktif, kesedaran kedua-dua pelajar dan guru telah meningkat tentang isu-isu alam sekitar dan faedah-faedah kehidupan yang mampan.
“Sebagai seorang guru, kita harus mengambil pengetahuan ini dan menjadikannya tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk mengajar para pelajar tentang alam sekitar dan isu pembuangan sampah yang betul,” kata Nurul Akmaliyah Binti Mohd Ani, guru di SMK Tunku Bendahara.
Projek Hasanah dengan Yayasan Hijau berkongsi misi yang sama. Yayasan Hijau Malaysia ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai organisasi bukan berdasarkan keuntungan untuk mendidik belia tentang pentingnya menjalani gaya hidup lestari.
Di bawah program Sekolah Tunas Hijau: Ke Arah Pembentukan Amalan Hijau dalam Kalangan Warga Sekolah, para pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti dan strategi perubahan tingkah laku untuk mengurangkan jejak karbon di sekolah mereka dalam bidang tenaga, air dan sisa.
Kebanyakan pelajar datang dari keluarga berpendapatan rendah dan tidak mempunyai banyak pendedahan kepada cara kehidupan yang mampan. Walaupun mereka kurang pengalaman, mereka bertindak dengan semangat dan bersaing secara aktif untuk menamakan sekolah mereka sebagai sekolah paling hijau di dalam program Sekolah Tunas Hijau. Kebanyakan sekolah mencatatkan pengurangan sama ada dalam penggunaan tenaga, penggunaan air atau sisa.
"Saya sangat bersyukur kerana kami telah disenaraikan sebagai peserta walaupun kami datang dari kawasan sekolah Projek Perumahan Rakyat. Saya juga terkejut apabila saya diberitahu bahawa kami berada di dalam carta lima teratas! Ini merupakan pencapaian yang besar dan membuktikan bahawa kita boleh mencapai kejayaan tanpa mengira status sekolah dan latar belakang, "
Yuasliza binti Awang Noh, guru utama dari SMK Padang Tembak untuk pasukan Tunas Hijau.
Melangkah Jauh Dari Luar Kelas
Persatuan Pencinta Alam Malaysia mengambil pendekatan yang berbeza terhadap pendidikan alam sekitar dengan mendedahkan pelajar dalam kerja pemuliharaan sebenar menerusi Program Society’s Young Environmental Stewards.
Dibiayai oleh Hasanah, program ini memberikan para pelajar sekolah menengah, pengalaman menggunakan alat pemuliharaan seperti penjejak GPS, perangkap kamera dan plot bakau.
Pengalaman turun ke padang bersama para penyelidik Persatuan memberikan para pelajar yang bersemangat, perasaan cabaran yang dihadapi oleh para pemulihara ketika mengajar mereka untuk mengambil tanggungjawab sebagai penjaga alam sekitar.
Bagi Nur Aleiya Natasha Badrulhisham dari SMK Rantau Panjang, “manfaat terbesar ialah sesi berkongsi pengetahuan kerana saya berkongsi apa yang saya pelajari dengan rakan-rakan Kelab Pencinta Alam yang tidak menyertai program ini. Saya juga mendapat maklumat baru tentang ekosistem paya bakau dan belajar menguruskan satu pasukan melalui semua tugas kumpulan yang kami lakukan.”
Memberi Kuasa Kepada Golongan Muda
Mendidik pelajar adalah langkah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu pemuliharaan alam sekitar. Langkah seterusnya adalah untuk menggalakkan mereka melaksanakan projek mereka sendiri dan menerapkan apa yang telah mereka pelajari untuk membuat perubahan dalam masyarakat.
Itulah idea di sebalik program MELAPI Pemimpin Muda Untuk Kelestarian (YL4S). MELAPI adalah sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan Sabah yang bertujuan menghubungkan komuniti dan alam semula jadi, mempromosikan kehidupan yang mampan dan meraikan warisan budaya Borneo yang kaya.
YL4S bermula pada tahun 2017 sebagai satu siri bengkel yang dirancang untuk mengajar isu-isu kelestarian kepada peserta belia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk membangunkan agenda tindakan dalam menangani isu-isu tersebut. Pada tahun 2018, tiga agenda tindakan itu telah berjaya direalisasikan, iaitu: “No Plastic Straw Campus” di Universiti Malaysia Sabah, “Improve Waste Managementat Pulau Gaya Through Youth Empowerment” bersama SMK Pulau Gaya, dan “Young Eco Ambassadors Green School Initiative” di SM Lok Yuk.
Dari latihan sukarelawan dengan melawati kedai makan dan mendidik para peniaga untuk menghentikan penggunaan plastik, Pemimpin Muda menunjukkan daya tahan dan kepintaran ketika mereka mengalami halangan pengurusan projek dan menemukan penyelesaian menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif.
Pemimpin Muda Nadine adalah salah seorang pelopor program. Sejak dia mendaftar sebagai seorang peserta baru pada tahun 2017, pengetahuan beliau tentang alam sekitar telah berkembang dengan lebih mendalam.
“YL4S adalah unik kerana ia membawa kita lebih daripada sekadar buku teks dan pendidikan kelas sederhana. Selepas hampir dua tahun menjadi ahli YL4S, saya kini mengetuai satu kumpulan Pemimpin Muda untuk mewujudkan satu platform kepada pelajar sekolah menengah, memperkasakan mereka untuk mengambil tindakan positif dalam menjaga alam sekitar. Adalah penting saya menyampaikan warisan dan pengetahuan kepada generasi Pemimpin Muda dalam bidang Kelestarian,”
-Pemimpin Muda Nadine
Jumlah keseluruhan 89 buah sekolah, 173 guru dan 38,965 pelajar terlibat dalam program pendidikan alam sekitar Hasanah untuk tahun 2018. Hasanah komited untuk memperluaskan program-program ini dengan harapan generasi akan datang akan memiliki pemahaman dan penghargaan yang lebih bermakna untuk alam sekitar.